Monday, September 04, 2006

Cepatnya masa berjalan



Aku rasa baru je aku register awal sem ari tuh, kemas bilik, angkat barang, skali tup tup dah bulan 9. Terkejut aku. Dengan progress thesisnya macam banyak lagi tak siap, nak gi interview museum lagi, ngan mana nak baca utk test bulan 10 ni lagi, iskkk mau menjerit aku. Aku rasa stress sgt2. Sebut pasal stress aku ada dpt org forward email bila kita stress kita makan dessert byk2..kenapa? sebab STRESSED = DESSERTS. Kalo aku ikut petua ni makin sihat walafiatlaa aku.
Aku tgh berpikir ni, nak pegi ke tak nak interview Pn. Rosidah kat museum tuh. Aku cuma ada besok je utk call dia and wat appointment. Takde masa lain dah minggu ni. Cuti makin dah nak abis, lepas cuti nanti, byk keje lain menunggu, dengan testnya, debate lagi, isk pening-pening. Tapi aku macam liat sgt nak turun KL minggu ni, tatau kenapa. Aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah. Kalau aku tak jumpa minggu ni, aku cuma ada hari rabu dan jumaat minggu depan untuk conduct interview tuh. Masalahnya, dia ada ke time tuh???
Cuti nih walaupun seminggu je, byk gak cerita kat tv tuh aki follow. SATU:CINTA MADINAH 2. Memang drama favourite aku ni. Sejak season 1 lagi. Aku suka sgt tgk suasana kat Mekah dan Madinah tuh, teringin sgt2 nak sampai sana. InsyaAllah one day nanti aku akan sampai juga ke bumimu ya ALLAH. Lagi satu dlm cinta madinah tuh aku suka tgk watak sayyidah (wardina), mak long (sarimah) ustaz asim (syed mahdi), ngan osman (as'ad) tuh. Lagi2 watak ustaz asim tuh. Dahla ckp arab fluent abis, muka bercahaya je, sedap mata memandang.
DUA:IMPIAN ILLYANA. Best gak. Comel gak cite ni tuh sebab aku layan. Yang aku lawak tuh citer Illyana dpt further kat uitm duduk plak kolej melati. Tapi bilik dia punyalaa lawa, katil double decker, locker smpai 2 lagi, nampak beno kelentongnya, aku yg dah dekat 2 tahun dok melati nih tak penah lak dpt bilik lawa cenggitu..hehe, namanya pon cerita.
Cuti ni aku byk menghabiskan masa ngan farisya hani, anak jiran aku. Baru je 5 months tapi punyala bulat. Comeinya, best kalo ada baby comel camtuh. Dahtuh baik pulak, diam je, bila agah gelak berdekah2. Tapi, skarang dia dah pandai, bila aku dukung, bwk jalan dia senyum lebar je. Tapi bila aku baringkan mulalaa dia merengek sambil pusing2 badan dia.
Dan aku tahu ada kwn2 aku dah jumpa blog aku nih, malu aku wei. Terima kasih kebada AJK publisiti tak bertauliah aku, sumardi. Abih ko promote blog aku nih ek, aku punyalaa nak berahsia, skali ada gak org tau. Nasibla takde cerita lucah ke kat sini..hehe..
Dekat kul 1 pagi, dah panjang lebar aku tulis. Natila ada cerita baru aku update lagi ek..Muahhh, Good Nite utk diri sendiri..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home