Tuesday, July 08, 2008

senahsirap sudah kembali!

yeyeye aku kembali menulis blog. akhirnya semangat itu datang jua. kali terakhir aku update blog ni adalah pada 23 september 2006 means 1 tahun 10 bulan 16 hari yang lalu, jam tak sanggup nak kira. kalo ada baby dah boleh berlari laju dah umur camtuh. sebut pasal baby, bila aku tgk entry lepas2 ada aku letak gmbr pelamin kawan aku kawin, ija. Sekarang ni anak ija tuh dah umur dekat setahun dah. punyela lama aku tak usik blog aku nih, sampai member aku yg kawin dah ada anak dah.
entry kali ni kira cam entry flashback la. aku baca balik entry yang lepas-lepas aku gelak sorang2..especially entry aku fail amik lesen kete tuh. aku masa tuh memang dah hampir putus asa dah, yela amik bekali2 tak lepas2, alhamdullillah akhirnya aku berjaya jugak. Sekarang alhamdullillah dah berani sket2 bwk katak hijau kesayangan aku tuh pegi balik keje. lesen motor plak trus aku tak amik sampai sekarang lepas fail 2 kali. aku memang allergic tgk muka pegawai jpj masa test. nervous lain macam.
lepas tuh aku tengok plak entry malam pra graduan tuh. rasa sedey dalam hati bila tgk gmbr tuh, sebab salah seorang sahabatku dalam gambar tuh, arwah pipah dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya setahun yang lalu. Al-Fatihah untu arwah pipah. aku dan kawan2 lain akan ingat dia sampai bila-bila.
banyak perkaar dah berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 1 tahun 10 bulan 16 hari ni. hari ni 11 Julai 2008, aku dah hampir 11 bulan bekerja kat PTGNS ni. rasa mcm sekejap je. dan yang aku excited sangat nak cite, semalam aku dapat result exam undang-undang aku, alhamdullillah lulus. gembiranyaaaaa. hehehe. skrg tgh tggu result induksi umum, khusus ngan btn.
berjela-jela lagi aku nak cite sebenarnya, tapi hold dulula, suma nak cite nnti takde ape lak yang tinggal untuk entry lain lak nanti. nak g sambung keje balik ni. wat backdoor tak abis-abis. selagi dok PTG selagi tuhla aku akan terlibat dgn kegiatan yang merbahaya ni.
p/s oit palie, aku dah apdet blog aku, sila buang Jun08 kat blog ko tuh. tima kasih. hehehe

2 Comments:

Blogger [Palie] said...

*clap* *clap* *clap*
utk senahsirap.. selamat kembali ke dunia blogger nie.. ramai ternanti apdet dr ko... anyway tahniah gak lulus undang2.. eh, aku pun lulus gak time amik lesen L dulu.. kire exam undang2 jgk tu kan?hehee.. papepun welkambekkkk..
*clap* *clap* *clap* skali lagi..

8:21 PM  
Blogger senahsirap said...

takde mana ramainya, ko sorg je..huhuh. sib baik opis aku tarik balik keputusan block blogspot ni..dpt aku bekarya...chewahhhh

8:59 PM  

Post a Comment

<< Home