Monday, July 28, 2008

Ayat-Ayat Cinta


Karya hebat Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai 'kang abik'. Ini novel pertama kang abik yang aku baca. Lama mencari novel ni akhirnya jumpa jugak di MPH. Mula2 cari di rak novel tak jumpa. Aku tak puas hati, aku pusing lagi sekali. Rupa-rupanya novel di diletakkan di bawah kategori 'sastera'. Tinggal 2 je. Aku pun cepat-cepat ambil 1 di samping beli lagi 1 novel tulisan Ramli Awang Mursyid, seorang novelis thriller. Dan sampai sahaja di rumah petang tu, tanpa membuang masa terus mula baca novel AAC ni. Alhamdullillah akhirnya malam tadi aku selesai jugak membacanya. Kututup bacaanku dengan air mata, begitu terharu dengan Maria yang bermimpi menangis tatkala semua pintu syurga tidak menerimanya. Di pintu Rahmah, Maria akhirnya bertemu dengan Maryam yang menyuruhnya mengambil wudhu' kerana Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kunci masuk syurga. Baginda Bersabda:-

'Barangsiapa Berwudhu' dengan baik, kemudian mengucapkan: Asyahadu an laa ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya) maka akan dibukakan delapan pintu syurga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka

Hadis Riwayat Imam Muslim

Sebenarnya banyak lagi yang menarik tentang AAC yang hendak aku kongsikan di sini. Tentang Fahri yang wataknya dalam AAC ni hampir sempurna bagi seorang lelaki Muslim yang beriman kepada Allah. Fahri juga sentiasa cuba memperbaiki dirinya dan menjaga batas-batas pergaulannya. Disebabkan inilah Fahri disayangi, dicintai oleh ramai wanita di sekelilingnya, Nurul Azkia, Maria dan Aisha. Tetapi akhirnya Fahri bertemu jodoh dengan Aisha, seorang gadis kacukan Turki + Jerman yang kaya raya dan menariknya Aisha sendiri yang minta dijodohkan dengan Fahri melalui pakciknya yang kemudian menyampaikannya kepada Syeikh Utsman guru Talaqqi Fahri.

Antara yang meninggalkan kesan lagi di hatiku ketika Fahri dipenjarakan di penjara bawah tanah atas tuduhan memperkosa gadis mesir. Saat itu Ramadhan menjelang tiba dan dia diseksa oleh polis mesir yang zalim. Setiap pagi sarapan paginya adalah disebat dipunggung dan polis mesir itu akan meletakkan kerusi di atas kaki Fahri sebelum polis itu duduk di atas kerusi tersebut. Aku teringat satu hari Aisha, Pakcik Eqbal datang melawat Fahri di penjara dan ingin berbuka puasa bersamanya disitu. Fahri enggan kerana tidak adil baginya makan enak-enak disitu sedangkan sahabatnya di sel hanya makan roti kering yang keras. Sebelum berbuka bersama Aisha, Fahri menghantar sebahagian makanan yang dibawa Aisha kepada sahabat-sahabatnya di sel penjara. Aku juga turut terharu bila Aisha berkata pada Fahri

'Kalau seandainya kau mengizinkan aku ingin dipenjara bersamamu agar ku bisa menyediakan sahur dan buka untukmu'

Begitu sucinya cinta dan kasih seorang isteri yang digambarkan di dalam AAC ini.

Disebabkan keindahan-keindahan ini, memang sepatutnya novel ini diangkat sebagai novel bestseller di Indonesia dan dicetak sehingga 30 kali. Di Malaysia sendiri, edisi yang aku beli ini adalah cetakan kelapan. AAC juga turut diangkat menjadi filem di Indonesia. Aku masih belum menontonnya kerana aku ingin menghayati keindahan kisah di dalam novel terlebih dahulu. Kerana selalunya bila sesuatu karya diangkat menjadi filem, biasanya akan ada kepincangan dan jalan cerita, watak tidak akan sama exactly seperti novel. Bukan senang nak mengambarkan watak-watak terutamanya seperti Fahri dan Aisha di dalam filem. Kalau AAC ini difilemkan di Malaysia, aku belum nampak langsung siapa yang benar-benar layak memegang watak-watak ini. Jadi adalah lebih baik jangan ada produser di Malaysia yang bercadang-cadang menfilemkan AAC ni sebab aku bimbang akan merosakkan kisah Fahri, karya kang abik yang hebat ini.

Aku rasa cukupla setakat ini dulu ulasan novel AAC yang aku tulis ini. Next move, beli cd/dvd AAC. Bila dan selesai nanti aku akan bagi review lagi dekat blog aku. Walaupon tak ramai yang baca blog aku ini, at least aku boleh berkongsi dan meluahkan apa yang aku rasa pada yang 'tak ramai' ini. Akhir kalam, carilah, belilah, bacalah, dan hayatilah keindahan kisah cinta yang disusun dengan begitu indah di dalam novel ini bersusaian sangat dengan statusnya sebaga novel pembangun jiwa.

1 Comments:

Blogger [Palie] said...

wah.. menarik skali ulasan ko senah.. aku dah beli dvd AAC nie.. tp x berkesempatan nk tgk... lgpun aku lagi senang tgk dvd dr baca novel.. huhuhu.. nk suh aku baca novel, sori la.. hehehe..

dr segi ko olah cite ni buat aku lagi tertarik nk tgk cite ni.. tgk la malam ni kalo berkesempatan leh tgk jap.. hehehhe.. ape2 pun nice entry.. :)

7:12 PM  

Post a Comment

<< Home