Saturday, July 29, 2006

Sindrom malas yang kronik

Lama siot tak update blog, aku taklaa bz mana pon, nak kata aku tak cukup masa, masa aku berlebih2, sampai aku rasa banyak dah yg aku buang free jer...thesis aku pon mcm tak bergerak-gerak, apsal aku malas gila babas nih..nampaknya aku dah kene sindrom malas yg kronik nih.
Baru abis tolong maklang aku masak utk kenduri baca yassin malam ni ..tuh pon dah lambat aku pegi. Aku mula2 rasa cam malas nak pegi tolong tadi, ingatkan nak datang makan terus je malam nih..hehehe..pikir2 balik cam teruk sgt plak aku..aku gi jugak walaupon dah ptg gak td..adalaa sket2 yg aku leh tolong..sonok gak dpt berkumpul ngan sedara mara lain. Borak-borak, yerla lama tak jumpa, kalo jumpa pun time raya je.
Dulu teringat masa kecik2 aku paling suka kalo dgr sedara mara aku ke, umah aku ke nak wat kenduri. Tak kisahla kenduri apa pun janji kenduri. Sebab nanti, bila kenduri aku bolehla main2 ngan sepupu2 aku. Yerla dok umh main sorg2, so bila ramai2 balik nih best sket. Macam-macam aktiviti leh buat. Aku teringat ada skali time raya tuh. Kitorang main bunga api. Disebabkan sonok sgt aku pon gi lah baling bunga api tuh kat pokok kelapa yg tengah lebat berbuah tepi umah aku. Apa lagi abihlaa tebakar. Hahaha..padan muka aku time tuh kena marah. Kena marah pon tetap rasa sonok jugak.
Okla, nak mandila. Badan pon dah wangi sket dari kambing jer nih. Kang malam nak gi kenduri baca yassin kat masjid plak. Esok dah kena balik s.alam plak..uwaaaaa..tak sonoknya..

Friday, July 14, 2006

Kuatkan semangatmu senahsirap!!

Lama dah aku tak dengar perkataan ni. Kandas ni adik beradik dengan fail jugakla. Tapi kandas ni agaknya lebih sopan kot walaupon maknanya sama je. Dan perkataan nih slalu digunakan oleh JPJ. Dan perkataan k*nd*s ni jugakla aku dapat semalam. Sebab apa aku letak star tuh? Bukannya perkataan lucah pon tuh yg harus kene filtering. Tapi aku memang sakit hati kalo baca perkataan tuh.
Perkataan tu jugakla yang aku dpt masa test motor semalam. Sakit jiwa aku ngan JPJ ni. Aku ke yang teruk sangat sampai menda senang pon boleh tak lepas. Aku tgk je perkataan tuh semalam kat result test bahagian II aku, aku rasa macam nak menangis. Maybe ada yg cakap, alaaa test motor je, wat pe nak sedih2, yerlaa tapi aku rasa frust sgt2 tatau nape. Satu hari smlm, aku jadi mcm mengong sekejap. Tapi hari ini aku bangkit kembali..yeahhh. Ada jugak mulut2 celupar yang menakut-nakutkan aku utk amik second test. Silapla korang, lagi korg cuba menakutkan aku, lagi naik smgt aku nak lulus. Dan ada jugak yang bagi semangat kat aku. Aku tak pedulik, test kali kedua minggu depan aku MESTI LULUS..MESTIIII. Aku nak tunjuk kat orang2 yang memandang rendah kat aku yang aku boleh lulus dengan jayanya..insyaAllah...