Monday, July 28, 2008

Ayat-Ayat Cinta


Karya hebat Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai 'kang abik'. Ini novel pertama kang abik yang aku baca. Lama mencari novel ni akhirnya jumpa jugak di MPH. Mula2 cari di rak novel tak jumpa. Aku tak puas hati, aku pusing lagi sekali. Rupa-rupanya novel di diletakkan di bawah kategori 'sastera'. Tinggal 2 je. Aku pun cepat-cepat ambil 1 di samping beli lagi 1 novel tulisan Ramli Awang Mursyid, seorang novelis thriller. Dan sampai sahaja di rumah petang tu, tanpa membuang masa terus mula baca novel AAC ni. Alhamdullillah akhirnya malam tadi aku selesai jugak membacanya. Kututup bacaanku dengan air mata, begitu terharu dengan Maria yang bermimpi menangis tatkala semua pintu syurga tidak menerimanya. Di pintu Rahmah, Maria akhirnya bertemu dengan Maryam yang menyuruhnya mengambil wudhu' kerana Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kunci masuk syurga. Baginda Bersabda:-

'Barangsiapa Berwudhu' dengan baik, kemudian mengucapkan: Asyahadu an laa ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya) maka akan dibukakan delapan pintu syurga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka

Hadis Riwayat Imam Muslim

Sebenarnya banyak lagi yang menarik tentang AAC yang hendak aku kongsikan di sini. Tentang Fahri yang wataknya dalam AAC ni hampir sempurna bagi seorang lelaki Muslim yang beriman kepada Allah. Fahri juga sentiasa cuba memperbaiki dirinya dan menjaga batas-batas pergaulannya. Disebabkan inilah Fahri disayangi, dicintai oleh ramai wanita di sekelilingnya, Nurul Azkia, Maria dan Aisha. Tetapi akhirnya Fahri bertemu jodoh dengan Aisha, seorang gadis kacukan Turki + Jerman yang kaya raya dan menariknya Aisha sendiri yang minta dijodohkan dengan Fahri melalui pakciknya yang kemudian menyampaikannya kepada Syeikh Utsman guru Talaqqi Fahri.

Antara yang meninggalkan kesan lagi di hatiku ketika Fahri dipenjarakan di penjara bawah tanah atas tuduhan memperkosa gadis mesir. Saat itu Ramadhan menjelang tiba dan dia diseksa oleh polis mesir yang zalim. Setiap pagi sarapan paginya adalah disebat dipunggung dan polis mesir itu akan meletakkan kerusi di atas kaki Fahri sebelum polis itu duduk di atas kerusi tersebut. Aku teringat satu hari Aisha, Pakcik Eqbal datang melawat Fahri di penjara dan ingin berbuka puasa bersamanya disitu. Fahri enggan kerana tidak adil baginya makan enak-enak disitu sedangkan sahabatnya di sel hanya makan roti kering yang keras. Sebelum berbuka bersama Aisha, Fahri menghantar sebahagian makanan yang dibawa Aisha kepada sahabat-sahabatnya di sel penjara. Aku juga turut terharu bila Aisha berkata pada Fahri

'Kalau seandainya kau mengizinkan aku ingin dipenjara bersamamu agar ku bisa menyediakan sahur dan buka untukmu'

Begitu sucinya cinta dan kasih seorang isteri yang digambarkan di dalam AAC ini.

Disebabkan keindahan-keindahan ini, memang sepatutnya novel ini diangkat sebagai novel bestseller di Indonesia dan dicetak sehingga 30 kali. Di Malaysia sendiri, edisi yang aku beli ini adalah cetakan kelapan. AAC juga turut diangkat menjadi filem di Indonesia. Aku masih belum menontonnya kerana aku ingin menghayati keindahan kisah di dalam novel terlebih dahulu. Kerana selalunya bila sesuatu karya diangkat menjadi filem, biasanya akan ada kepincangan dan jalan cerita, watak tidak akan sama exactly seperti novel. Bukan senang nak mengambarkan watak-watak terutamanya seperti Fahri dan Aisha di dalam filem. Kalau AAC ini difilemkan di Malaysia, aku belum nampak langsung siapa yang benar-benar layak memegang watak-watak ini. Jadi adalah lebih baik jangan ada produser di Malaysia yang bercadang-cadang menfilemkan AAC ni sebab aku bimbang akan merosakkan kisah Fahri, karya kang abik yang hebat ini.

Aku rasa cukupla setakat ini dulu ulasan novel AAC yang aku tulis ini. Next move, beli cd/dvd AAC. Bila dan selesai nanti aku akan bagi review lagi dekat blog aku. Walaupon tak ramai yang baca blog aku ini, at least aku boleh berkongsi dan meluahkan apa yang aku rasa pada yang 'tak ramai' ini. Akhir kalam, carilah, belilah, bacalah, dan hayatilah keindahan kisah cinta yang disusun dengan begitu indah di dalam novel ini bersusaian sangat dengan statusnya sebaga novel pembangun jiwa.

Saturday, July 19, 2008

Semoga adik Najman cepat sembuh, aminnn

Entry kali ni dedicated untuk adik najman yang sedang berjuang melawan penyakitnya di hospital sekarang. Semalam kak tun ajak aku gi melawat anak saudaranya, najman yang baru berusia 6 bulan yang dah hampir seminggu dirawat di Hospital Seremban. Bila aku lihat je wajah kecil najman, hati aku dah terusik. dia sedang berjuang melawan penyakitnya. dari seorang baby yang aktif, suka senyum bila diagah, dia sekarang dah terbaring di atas katil hospital. doktor sahkan jangkitan kuman yang dialaminya dah sampai ke otak. aku paling sedih bila dengar suara dia menangis menahan sakit. tangisan dia dah jadi perlahan mungkin sebab dia dah terlalu lama menangis. bila aku usap2 badannya, rambutnya, pipinya, dia akan diam sekejap dan cuba melelapkan mata. tapi sekejap-sekejap je dia terjaga balik. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh Najman, semoga dia dapat kembali ceria dan bermain macam dulu. Aminnn.
Entry aku kali ni dari meja ofis. Hari ni hari Sabtu, cuti besday Yang Dipertuan Besar NS. Aku plak skrg kat ofis, tapi nak balik dah. Pagi tadi wat installation versi terbaru sistem SPTB dekat semua pc2 kt sini bersama2 vendor2 dan staf JKPTG. Esok pon kene datang lagi untuk wat testing system dengan user. tadi bila dah settle, aku, kak zana, kak linda, and sorg programmer dari PD tuh gi makan. berselera tul aku makan, maklumla lapo. amik lauk ikan sembilang salai masak lemak cili api, sambal belacan, ngan kupang sambal. cam nak putus tali usus aku, pedas gila. lepas tuh pusing2 jap kat seremban parade balik opis balik. ni dah kul 6 dah. ingat nak balik dah. tringat plak nak apdet blog jap.
malasnya nak drive balik. jauh lak tuh. kat luar dah gelap gelita cam nak hujan. kan best kalo ade driver anta balik aku leh tido dalam kete. ni aku tak leh tido sebab kalo aku tido sapa nak bwk kete. isk sangap drive sorg2 ni. slalu kalo ngantuk sangat aku akan pasang lagu volume maximum. lantakla org keliling nak ckp apa. janji aku ilang mengantuk.
okla aku nak balik ni. kang malam lak smpai umah. jarak umah opis dalam 35 km camtuh, paling cepat aku leh bwk pun amik masa dalam 40 minit. tp dengan ujan ni mau dalam 50 minit baru smpai.

Sunday, July 13, 2008

Kemaruk nak apdet blog

kalo baca entry title aku kali ni bunyi cam kronik sgt..sebenarnya memang betul pon. aku ye2 berazam nak apdet blog tiap2 ari, last2 tak dpt gak. kat opis tak smpt, ngan keje tak abis-abis, business frozen food kecil-kecilan aku lagi. ha, jgn tatau aku skrg dah menyahut seruan pak lah, kerja sambilan untuk kakitangan kerajaan sejak harga minyak naik tahap melampau ni.

aku skrg jadi agen jual karipap, cok badak, samosa segera kat opis aku. saje suka-suka sambil menambah pendapatan. mesti rmai tertanya2 bila masa aku wat kuih2 tu suma kan kan? keje 8-5 tak termasuk masa habis dlm perjalanan ulang-alik 70km gi opis tiap2 hari lg. balik umah sah-sah dah penat. jwpannya bukan aku wat pon, dan aku memang tak reti buat kuih-kuih ni. masak nasik guna rice cooker ngan jerang air aku taula. sebenarnya suma kuih-kuih ni kak long aku kt pilah yang buat. dia siap ada kedai lagi. aku tolong jual je. utk 1st round ni aku amik 52 paket kuih dari dia dan alhamdullillah sumanya habis dijual. almaklumla org skrg termasuk aku suma malas-malas and tak cukup masa nak wat kuih so dah ada yang segera ni kan senang, panas minyak dlm kuali terus goreng. tak sampai soploh minit dah leh makan.

tgh2 aku dok menaip ni tiba2 sepupu aku si timah sebelah umah ni panggil. borak ngan dia sekejap. citer pasal arwah ayah aishah. takziah untuk aishah sekeluarga. hari sabtu last week aku gi kenduri kahwin dia kat juasseh. keesokkan harinya aku dapat msg dr timah bgtau yang ayah aishah telah kembali ke rahmatullah. terkejut jugak aku sebab tak sampai 24 jam aku baru jmpa ayah dia masa kenduri kahwin aishah. tapi jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah dan kita tak akan tahu umur kita berapa lama lg. entah2 esok lusa giliran aku pulak. siapa yang tahu kan. dan berita gembiranya timah baru bgtau td dia dah 4 bulan pregnant. Alhamdullillah dan tahniah. tak lama lagi aku jadi makcikla.

tak best la kalo posting takde gmbr. meh aku tempek 2 keping gmbr yang smpat aku amik baru-bru ni dengan menggunakan SE K750i aku.

kalo ade yang tak kenal spesies pokok kat atas meh aku bgtau. ni namanya pokok durian. tempat tinggalnya kat belakang umah aku. umurnya plak hampir sama cam umur aku. gambar ni baru amik ptg tadi. tahun ni alhamdullillah banyak buahnya. lebih 100 biji dan harap-harap semuanya menjadi. ari ni buah yang pertama dah start gugur. aku baru je makan td dan memang manis sangat isinya. durian kampung memang best. isi kuning dan mcm lembik-lembik sket. tuh yg sedap tuh. aku tak suka sgt durian kawin yang byk jual kt kedai tuh. colour memang marvelous la, tp rase lemak je, dah tu mengkal. tak sedap. so lepas ni kalo berkesempatan aku tepek plak gmbr isi dia ye kawan-kawan. bagi korang suma meleleh air liur. kalo nak rasa jemputla dtg ke jolobu. tuhla yang bestnya kalau tinggal kat kampung ni. dikelilingi pokok buah-buahan.

yang ni plak gambar katak pisang kesayangan aku. sempat jugak 2 ekor ayam aku berposing kat sebelah dia. memang gila glamer ayam-ayam aku. dh dekat 5 bulan mybi ni tinggal dengan aku. mybi ni dah dpt 2 cop kt badan dia. yang pertama kat belah tepi. bukan salah aku tp salah seekor kancil yang tak nyempat2 nak lalu walau aku dah bagi signal.tak pasal2 cat aku ilang segaris and kaler merah kancil tuh melekat kt kete aku. yang kedua pla kat side mirror sebelah kiri. yang ni salah aku. aku langgar tiang pagar rmh org masa anta kwn aku balik. jalan tuh memang kecik gile lepas tuh betul2 dekat sungai. so aku pon yang baru blaja bwk ni redah jugak, last2 terlanggar kat tiang pagar umh org tuh. alhamdullillah cuma cat kat side mirror tuh terhakis sket. tp dah tak cun dah. uwaaa. harap-harap tuh kali kedua dan terakhirla mybi aku tercedera. lepas ni aku kene lebih berhati-hati lagi nampaknya.

uiks gile panjang entry aku kali ni. aku online guna line tm net 1315 yang mahal gile tuh. siapla lepas ni masuk bil tepon. hajat di hati nak gak pasang streamyx tp kene wat bdget dulu. skrg kan kene berjimat cermat. okla. tak mende dah nak mengarut. chow chin chaw, chow kit road, stephen chow. jumpa lagi di entry yang akan datang.

Tuesday, July 08, 2008

senahsirap sudah kembali!

yeyeye aku kembali menulis blog. akhirnya semangat itu datang jua. kali terakhir aku update blog ni adalah pada 23 september 2006 means 1 tahun 10 bulan 16 hari yang lalu, jam tak sanggup nak kira. kalo ada baby dah boleh berlari laju dah umur camtuh. sebut pasal baby, bila aku tgk entry lepas2 ada aku letak gmbr pelamin kawan aku kawin, ija. Sekarang ni anak ija tuh dah umur dekat setahun dah. punyela lama aku tak usik blog aku nih, sampai member aku yg kawin dah ada anak dah.
entry kali ni kira cam entry flashback la. aku baca balik entry yang lepas-lepas aku gelak sorang2..especially entry aku fail amik lesen kete tuh. aku masa tuh memang dah hampir putus asa dah, yela amik bekali2 tak lepas2, alhamdullillah akhirnya aku berjaya jugak. Sekarang alhamdullillah dah berani sket2 bwk katak hijau kesayangan aku tuh pegi balik keje. lesen motor plak trus aku tak amik sampai sekarang lepas fail 2 kali. aku memang allergic tgk muka pegawai jpj masa test. nervous lain macam.
lepas tuh aku tengok plak entry malam pra graduan tuh. rasa sedey dalam hati bila tgk gmbr tuh, sebab salah seorang sahabatku dalam gambar tuh, arwah pipah dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya setahun yang lalu. Al-Fatihah untu arwah pipah. aku dan kawan2 lain akan ingat dia sampai bila-bila.
banyak perkaar dah berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 1 tahun 10 bulan 16 hari ni. hari ni 11 Julai 2008, aku dah hampir 11 bulan bekerja kat PTGNS ni. rasa mcm sekejap je. dan yang aku excited sangat nak cite, semalam aku dapat result exam undang-undang aku, alhamdullillah lulus. gembiranyaaaaa. hehehe. skrg tgh tggu result induksi umum, khusus ngan btn.
berjela-jela lagi aku nak cite sebenarnya, tapi hold dulula, suma nak cite nnti takde ape lak yang tinggal untuk entry lain lak nanti. nak g sambung keje balik ni. wat backdoor tak abis-abis. selagi dok PTG selagi tuhla aku akan terlibat dgn kegiatan yang merbahaya ni.
p/s oit palie, aku dah apdet blog aku, sila buang Jun08 kat blog ko tuh. tima kasih. hehehe