Saturday, September 23, 2006

Dinner yang tak berapa nak best


Selesai dah MPG aka Malam Pra Graduan. Dibuat dekat Kelab Golf SAAS, Shah Alam. Bayornya 50 hinggit tp aku rasa aku makan seploh hinggit pon tak sampai. Lom kira dengan sup hangit lagi, ikan yang dekat2 nak hangit lagi. Ishh tak pasal2 aku ngumpat lak. Tapi memang betul, lauk tak best. Sedap lagi aku masak sadin goreng kat umah...Apa yg best ngan dinner ni? Takde apa yg best sgt. Yang best pon dpt amik gmbr ngan member2 suma yang memang kaki bergambar dan gila kamera cam aku jugak..Dan kerana terlalu teruja sangat bergambar, sampai kitorg ditinggalkan oleh bas uitm tuh masa nak balik. Padan muka aku, tak pasal2 kena naik cab kul 12 malam. Dan mungkin inilah kali terakhir kita dapat berkumpul bersama sebelum grad nanti. InsyaAllah...

Selamat menyambut ketibaan ramadhan

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dpt kulalui dengan sempurna...
Alhamdullillah, Allah panjangkan umurku lagi utk menyambut ramadhan dan berpuasa tahun ni. Malam ni malam 1 ramadhan. Tadi aku dan mak gi berterawih kat masjid dkt umh ni. Syukur sgt2 kerana rumah aku ni dekat sgt dgn masjid. Nak pegi terawih pon jalan kaki sekejap dah sampai. Kalau difikirkan ramai org lagi yg rmh lagi jauh, sanggup jalan kaki malam2 ni utk berjemaah di masjid. Inikan pulak aku yang rumah dekat sgt dengan masjid ni.
Ya Allah, semoga puasa ku kali ini lebih baik dari yang lepas. Dan berkatilah ramadhan ku kali ini. AMINNN....
Nak kena tidur dah ni. Tak sampai 5 jam lagi nak bangun sahur. Seronoknya 1st puasa ni dapat puasa kat rumah. Dapat berbuka ngan bersahur bersama2 mak aku.
p/s utk semua yg membaca blog aku nih, aku nak ucapkan selamat berpuasa. Ada ke org yg sudi nak baca blog aku ni? Tapi aiman tak kisahh...Kalau takde pon aku ucapkan selamat berpuasa ni utk diri sendiri..heheh

Monday, September 04, 2006

Cepatnya masa berjalan



Aku rasa baru je aku register awal sem ari tuh, kemas bilik, angkat barang, skali tup tup dah bulan 9. Terkejut aku. Dengan progress thesisnya macam banyak lagi tak siap, nak gi interview museum lagi, ngan mana nak baca utk test bulan 10 ni lagi, iskkk mau menjerit aku. Aku rasa stress sgt2. Sebut pasal stress aku ada dpt org forward email bila kita stress kita makan dessert byk2..kenapa? sebab STRESSED = DESSERTS. Kalo aku ikut petua ni makin sihat walafiatlaa aku.
Aku tgh berpikir ni, nak pegi ke tak nak interview Pn. Rosidah kat museum tuh. Aku cuma ada besok je utk call dia and wat appointment. Takde masa lain dah minggu ni. Cuti makin dah nak abis, lepas cuti nanti, byk keje lain menunggu, dengan testnya, debate lagi, isk pening-pening. Tapi aku macam liat sgt nak turun KL minggu ni, tatau kenapa. Aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah. Kalau aku tak jumpa minggu ni, aku cuma ada hari rabu dan jumaat minggu depan untuk conduct interview tuh. Masalahnya, dia ada ke time tuh???
Cuti nih walaupun seminggu je, byk gak cerita kat tv tuh aki follow. SATU:CINTA MADINAH 2. Memang drama favourite aku ni. Sejak season 1 lagi. Aku suka sgt tgk suasana kat Mekah dan Madinah tuh, teringin sgt2 nak sampai sana. InsyaAllah one day nanti aku akan sampai juga ke bumimu ya ALLAH. Lagi satu dlm cinta madinah tuh aku suka tgk watak sayyidah (wardina), mak long (sarimah) ustaz asim (syed mahdi), ngan osman (as'ad) tuh. Lagi2 watak ustaz asim tuh. Dahla ckp arab fluent abis, muka bercahaya je, sedap mata memandang.
DUA:IMPIAN ILLYANA. Best gak. Comel gak cite ni tuh sebab aku layan. Yang aku lawak tuh citer Illyana dpt further kat uitm duduk plak kolej melati. Tapi bilik dia punyalaa lawa, katil double decker, locker smpai 2 lagi, nampak beno kelentongnya, aku yg dah dekat 2 tahun dok melati nih tak penah lak dpt bilik lawa cenggitu..hehe, namanya pon cerita.
Cuti ni aku byk menghabiskan masa ngan farisya hani, anak jiran aku. Baru je 5 months tapi punyala bulat. Comeinya, best kalo ada baby comel camtuh. Dahtuh baik pulak, diam je, bila agah gelak berdekah2. Tapi, skarang dia dah pandai, bila aku dukung, bwk jalan dia senyum lebar je. Tapi bila aku baringkan mulalaa dia merengek sambil pusing2 badan dia.
Dan aku tahu ada kwn2 aku dah jumpa blog aku nih, malu aku wei. Terima kasih kebada AJK publisiti tak bertauliah aku, sumardi. Abih ko promote blog aku nih ek, aku punyalaa nak berahsia, skali ada gak org tau. Nasibla takde cerita lucah ke kat sini..hehe..
Dekat kul 1 pagi, dah panjang lebar aku tulis. Natila ada cerita baru aku update lagi ek..Muahhh, Good Nite utk diri sendiri..